mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN PERKHIDMATAN PINTAR | MAHIR FOTO (Q2 2025) WAN NUR HAFIZAH BINTI WAN HARUN

NamaWan Nurhafizah Binti Wan Harun
Umur: 37 tahun
Ahli: 2024

Latar belakang

Wan Nurhafizah adalah seorang usahawan yan menjalankan perniagaan makanan beraskan roti dan pizza.Beliau merupakan seorang isteri dan mempunyai 1 orang anak. Memulakan perniagaan sekitar tahun 2020 ketika musim covid secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sambutan luar biasa dari penduduk Tersang memberi Puan Fizah keyakinan untuk berkembang. Tidak lama kemudian, dia menambah perkhidmatan dengan menjual pizza dan mini burger dari rumah.Pendapatan beliau ketika itu hanya sekitar RM300 ke RM500 sahaja. Beliau hanya mengetahui asas penggunaan telefon pintar untuk menggunakan kamera menangkap gambar produk menggunakan kaedah biasa tanpa mengetahui Teknik penggunaan yang betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas Mahir foto anjuran NADI, beliau mahir menggunakan telefon pintar dengan mempraktikan Teknik yang tepat sertas proses penyuntingan gambar yang berkualiti. Pendapatan beliau meningkat sekitar RM1000-RM2000 sebulan.