PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI merupakan nama dan projek terawal yang dibina pada tahun 2007 di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Pada tahun 2012 selaras dengan penjenamaan pelbagai inisiatif Kerajaan mengguna pakai perkataan 1Malaysia, Pusat Jalur Lebar Komuniti juga telah ditransformasikan kepada Pusat Internet 1Malaysia.
Nama : Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 3
Fasa : Fasa Felda
Mula Beroperasi : 3 Mac 2010 (Bangunan lama)
Dirasmikan Pada : 20 Mei 2010
Perasmi : YB. Dato’ Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin,
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri,
Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang,
Tarikh Operasi : 22 Oktober 2015 (Bangunan baru)
Alamat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 3
Blok 3-1A Raub, Pahang Darul Makmur
Latitude : 4.0795790N Longitude: 101.7992520E
