| Nama | ASAS ICT: Pertandingan Poster |
| Tarikh | 08/11/2025 |
| Masa | 9.30 pagi – 12.30 Tengahari |
| Lokasi | NADI Felda Tersang 3 |
| Peserta | 13 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tentang cara menghasilkan poster digital yang kreatif dan berinformasi menggunakan Canva, selaras dengan tema SSO Kempen Internet Selamat.
• Pelajar akan memahami kepentingan menyampaikan mesej keselamatan internet dengan cara yang mudah difahami rakan sebaya, menarik perhatian dan memberi kesedaran tentang tingkah laku selamat ketika berada dalam talian.
• Membantu pelajar menguasai kemahiran reka bentuk asas sambil mendidik mereka tentang isu keselamatan siber seperti jejak digital, buli siber, privasi dan sikap berhemah di internet.
• Kelas ini juga melatih pelajar berfikir kritis dalam menyampaikan mesej keselamatan melalui visual yang kreatif dan informatif
Aktiviti
Poster Pertandingan SSO Kempen Internet Selamat ini disusun secara interaktif dan mudah difahami oleh pelajar pelbagai peringkat.
• Peserta akan didedahkan kepada ciri asas Canva seperti penggunaan template, elemen grafik, ikon berkaitan keselamatan internet, pemilihan warna yang sesuai, serta teknik menyusun maklumat dengan jelas
• Tenaga pengajar akan menerangkan langkah-langkah membina poster bermula daripada memilih tema, menambah teks utama (tajuk kempen), memasukkan mesej keselamatan ringkas, hinggalah kepada mencantikkan poster menggunakan ilustrasi seperti simbol kunci, perisai, komputer dan ikon media sosial.
• Peserta juga akan diberikan contoh poster yang baik serta panduan mengelakkan rekaan terlalu padat. Pada sesi praktikal akhir, setiap pelajar akan menghasilkan poster SSO mereka sendiri untuk dihantar sebagai penyertaan pertandingan.


