mcmc
Maklumat Setempat

Berita Setempat

Memaparkan aktiviti kesenian persatuan Kompang sinar 12 dan Puan Fauziah membuat dodol di Felda Tersang. Ahli persatuan kompang akan berlatih sebelum mengadakan persembahan. Permintaan terhadap persembahan kompang meningkat pada musim cuti sekolah kerana ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan.

Bagi Puan Fauziah sekeluarga, dodol yang dihasilkan oleh mereka adalah unik kerana menggunakan gula kabung dan kaedah tradisional iaitu mengacau dodol menggunakan tenaga manusia dan dikacau di atas kayu api.

Mereka selalu mengunjungi PI1M bagi melayari laman web berkaitan kompang dan dodol termasuk laman web U-Pustaka. Semoga kompang dan dodol Felda Tersang akan lebih dikenali dan terus maju di masa hadapan. (sumber:pi1m Felda Tersang 1,2,3)

Sila Layari :

http://kompangtersang.blogspot.com/
http://dodoltersang.blogspot.com/