mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN PERKHIDMATAN PINTAR NADI FELDA TERSANG 3 Q1 2025 USAHAWAN (NORSARIDA BINTI JOHARI)

NamaNorsarida binti Johari
Umur: 35 tahun
Ahli: 2024


Latar belakang

Puan Norsarida binti Johari merupakan seorang usahawan wanita yang gigih dan bersemangat dari sebuah komuniti tempatan. Beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan dalam bidang perkhidmatan dan penyediaan makanan dengan tujuan untuk membantu keluarga serta memenuhi permintaan masyarakat sekeliling.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pada peringkat awal, perniagaan Puan Norsarid hanya bergantung kepada kaedah tradisional seperti hebahan mulut ke mulut dan pelanggan tetap di sekitar kawasan kampung.

  • Bilangan pelanggan agak terhad, hanya sekitar jiran dan penduduk berhampiran.
  • Pendapatan bulanan tidak menentu, sekitar RM500 – RM1,000 sahaja.
  • Masa dan tenaga banyak digunakan kerana segala urusan ditempah dan dicatat secara manual.
  • Promosi hanya bergantung pada kenalan rapat, tanpa capaian lebih luas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Segalanya berubah apabila beliau mula menggunakan kemudahan ICT di (NADI). Puan Norsarida belajar menggunakan media sosial seperti Facebook, WhatsApp Business, dan platform iklan digital untuk mempromosikan perkhidmatannya. Kini, beliau dapat:
✅ Menyebarkan maklumat promosi kepada pelanggan dengan lebih cepat.
✅ Menerima tempahan makanan dan perkhidmatan secara atas talian.
✅ Mengurus jadual runner serta penghantaran dengan lebih sistematik.
✅ Menarik pelanggan dari luar kawasan tempat tinggalnya. Hasilnya, pendapatan bulanan beliau meningkat kepada RM2,500 – RM4,000 sebulan, malah ada tempahan khas yang mencecah lebih tinggi pada musim perayaan atau majlis keraian.

Perkhidmatan yang Ditawarkan

🔧 Perkhidmatan Harian

  1. Mesin rumput
  2. Meracun tanaman/persekitaran
  3. Pembersihan rumah (luar & dalam)
  4. Pembersihan landskap
  5. Runner pembelian & penghantaran barang

🍽️ Tempahan Makanan Istimewa

  • Pulut Kuning + Sambal Ikan Bilis Padu
  • Nasi Berlauk Padu
  • Gulai Lemak Ayam
  • Laksa Penang Padu
  • Kuah Laksa Penang Padu
  • Nasi Lemak + Sambal Padu