| Nama | :AHMAD DARWISH FIQAR BIN AZUA |
| Umur | 15 tahun |
| Ahli | : 2024 |
Latar belakang
Ahmad Darwish Fiqar merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang aktif dan mempunyai minat mendalam terhadap robotik dan program koding. Melalui program pembelajaran sepanjang hayat Tiny Techeis yang diadakan di NADI Felda Tersang 3 beliau telah menjadi peserta untuk program tersebut.
Program Tiny Techies anjuran NADI telah membuka peluang baharu kepada beliau untuk mengenal dunia teknologi dengan cara yang seronok, selamat dan praktikal.
Sebelum penggunaan penglibatan NADI
Sebelum menyertai kelas-kelas yang diadakan di NADI beliau hanya menggunakan komputer untuk tujuan membuat kerja Sekolah bersam rakan-rakan. Ketika sesi pertama, Darwish hanya melihat rakan-rakan menggunakan komputer . Kemudian beliau mencuba dan sering bertanya kepada petugas NADI, Petugas NADI sering membimbing sedikit demi sedikit, menggunakan pendekatan permainan digital dan aktiviti kreatif.
Perubahan mula kelihatan apabila Darwish berjaya menyiapkan tugasan pertama membuat Poster menggunakan CANVA.
Selepas penggunaan penglibatan NADI
Melalui penyertaan dalam program Tiny Techeis anjuran NADI, Darwish mula menunjukkan minat mendalam terhadap kelas dan webinar yang diadakan. keyakina diri beliau makin berambah dan dapat menjadikan minat dalal asas STEM.


