LAPORAN AKTIVITI MAC 2026

Laporan Aktiviti | 15 April 2026
Nama programAsas ICT membuat poster menggunakan CANVA
Tarikh16 Mac 2026
Masa3.30 petang – 5.30 petang
LokasiNADI Felda Tersang 3
Peserta3 Orang

Tujuan

• Memberi pendedahan awal kepada dunia reka bentuk digital
• Meningkatkan literasi digital dalam kalangan pelajar
• Menggalakkan kreativiti dan ekspresi diri melalui teknologi
• Membantu pelajar mengenali aplikasi digital secara positif
• Meningkatkan keyakinan diri dalam penggunaan teknologi
• Menyokong pembelajaran abad ke-21

Aktiviti

• Memberi fokus kepada penggunaan aplikasi Canva sebagai platform mudah untuk menghasilkan poster digital secara kreatif dan interaktif.
• Pelajar akan didedahkan kepada pengenalan Canva, cara mendaftar dan log masuk, pemilihan template, penggunaan teks, gambar, ikon, warna dan susun atur asas, serta teknik mereka bentuk poster yang kemas dan menarik.
• Pembelajaran dijalankan secara praktikal (hands-on) dengan pendekatan langkah demi langkah yang sesuai dengan tahap umur pelajar sekolah rendah.
• Aktiviti direka secara interaktif dan menyeronokkan bagi merangsang minat pelajar terhadap dunia ICT dan kreativiti digital.
• Sepanjang sesi pembelajaran, petugas akan sentiasa membantu pelajar secara langsung, membimbing penggunaan aplikasi, menyelesaikan masalah teknikal, serta memastikan setiap pelajar dapat menghasilkan poster sendiri dengan yakin dan selesa.