mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2025

NamaASAS ICT: Rancangan perniagaan Kidvetures
Tarikh04/11/2025
Masa9.30 pagi – 11.30 pagi
LokasiNADI Felda Tersang 3
Peserta1 Orang

Tujuan

• Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta usahawan cilik kepada penggunaan asas Microsoft Excel sebagai salah satu alat penting dalam pengurusan perniagaan. Melalui kelas ini, peserta akan didedahkan kepada kemahiran menyusun data jualan, membina format invois yang kemas, serta menggunakan formula mudah untuk mengira jumlah pembayaran secara automatik.
• Tujuan utama kelas ini ialah memastikan peserta mampu menyediakan invois yang lebih teratur, tepat dan profesional, seterusnya membantu mereka memahami kepentingan rekod jual beli dalam perniagaan.
• Peserta dapat meningkatkan keyakinan diri serta menguasai kemahiran digital yang berguna untuk perkembangan perniagaan mereka pada masa hadapan.

Aktiviti

• Peserta akan diperkenalkan kepada fungsi asas Excel seperti penggunaan cell, sheet, serta kaedah memasukkan dan menyusun maklumat.
• Peserta juga akan mempelajari cara membina jadual barang, memasukkan harga, membuat pengiraan automatik menggunakan formula SUM, dan mereka bentuk template invoice yang mudah difahami pelanggan
• Tenaga pengajar turut akan menunjukkan langkah menghasilkan invois dalam format PDF untuk memudahkan penghantaran melalui WhatsApp atau email. Kelas ini disampaikan secara interaktif, dengan latihan praktikal supaya setiap peserta dapat menghasilkan invois mereka sendiri pada akhir sesi.