Menjadikan Pusat Internet sebagai ”ONE STOP DIGITAL CENTER”yang dapat dilestarikan
ke arah membina kewibaan sosio-ekonomi setempat.
Mencapai Visi Pusat Internet dengan menjadi agen transformasi melalui:
– Program latihan dan pembangunan terancang untuk membina keupayaan,kemahiran,
ilmu dan kebolehan petugas dan Komuniti.
– Penggunaan teknologi bersesuaian yang dapat menggunakan aplikasi terkini yang boleh dimanfaatkan
oleh Komuniti.
– Penambahbaikan proses kerja secara berterusan supaya sistem pengurusan akan lebih mantap.
Pusat Internet Felda Tersang 3 merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah projek Kerajaan iaitu Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi,antaranya Syarikat Telekom Malaysia (TM) dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan Jalur Lebar ke Luar bandar. Bagi menjayakan projek ini, MSD Digital Intelligence telah diberi mandat untuk melaksanakan dan menjayakannya.
OBJEKTIF PENUBUHAN
KEPENTINGAN PENGGUNAAN APLIKASI ELEKTRONIK
Warga Komuniti kini boleh menjalankan pelbagai urusan dengan lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Hanya perlu mengungjungi Pusat Internet 1Malaysia dan gunakanlah kemudahan jalur lebar yang telah disediakan.
KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Pusat Internet menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli Pusat Internet 1Malaysia. Selain itu Pusat Internet 1Malaysia juga menyediakan perkhidmatan seperti Internet, Printing, Scanning, Fotostat, Laminate, Binding, Zon internet tanpa wayar (wifi zone)
LATIHAN YANG DISEDIAKAN DI PUSAT INTERNET FELDA TERSANG 3
- Pengenalan AsasKomputer
- Asas Internet
- Aplikasi Elektronik ( E-Kerajaan, E-Pembelajaran, E-Dagang)
- Desktop Publishing (Microsoft Office)
- Latihan Keusahawanan
- Kelas Adobe Photoshop & Illustrator
- Klik Dengan Bijak (KDB)
DASHBOARD PUSAT INTERNET FELDA TERSANG 3
Dashboard Pusat Internet merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.
Selain itu terdapat kemudahan terkini yang di sediakan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 3 iaitu MyHealth. Pengunjung boleh datang ke Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 3 bagi mendapatkan Pemeriksaan Tekanan Darah Secara PERCUMA iaitu memeriksa kesihatan asas Pemeriksaan Tekanan Darah,
WAKTU OPERASI DAN MAKLUMAT PUSAT INTERNET
Email: tersang3@pi1m.com.my
Portal: http://feldatersang3.pi1m.my/
Facebook: https://www.facebook.com/Pusat-Internet-1Malaysia-Felda-Tersang-3-234855136647858/