Pasar Raya D’mart SEGI Fresh

DMart Segi Fresh Felda Tersang merupakan salah satu kemudahan awam yang sangat membantu penduduk setempat, khususnya di kawasan Felda Tersang. Kewujudannya memudahkan orang ramai mendapatkan barangan keperluan harian tanpa perlu pergi jauh ke bandar seperti Raub.
Antara kemudahan yang disediakan ialah penjualan barang dapur segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan, serta barangan kering. Ini sangat memudahkan penduduk kerana mereka boleh membeli barangan segar dengan harga yang lebih berpatutan dan mudah diakses.