mcmc
Maklumat Pi1M

Pengenalan

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT  (NADI) FELDA TERSANG 3

NADI Felda Tersang 3 merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

OBJEKTIF PENUBUHAN :

 

Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan .

Memberikan pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet .

Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia .

Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan pelan Jalur Lebar Kebangsaan . 

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

 

NADI Felda Tersang 3 menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

1) Pengenalan asas komputer 
2) Asas internet 
3) Aplikasi elektronik ( E-kerajaan , E-pembelajaran , E-dagang )
4) Destop Publishing seperti Microsoft Office 
5) Latihan Keusahawanan
 

JUMLAH KEAHLIAN :

 

NADI Felda Tersang 3  telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2010 . Jumlah keahlian NADI Felda Tersang 3 ialah sebanyak (1243), bermula Mac 2010 – April 2024.

 

KENALI PETUGAS PEDi