Nama | : Norfaliza nisa binti Mahidin |
Umur | : 43 tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Puan Nisa merupakan seorang pengusaha makanan berasaskan Takoyaki di Felda Tersang dan kawasan luar. Beliau juga merupakan seorang anak peneroka Felda Tersang 3 di Raub Pahang. Memulakan perniagaan Takoyaki sekitar tahun 2019 sehingga sekarang.Beliau juga merupakan seorang usahawan di bawah program AGRO Tani.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum ini, puan Nisa berniaga Takoyaki dengan menggunakan promosi secara tradasional iaitu melalui kenalan dan kain rentang di sekita rumah beliau Selepas menglibatkan diri dengan NADI, beliau telah mempelajari cara memasarkan produk di laman sosial seperti “facebook”, “tiktok” dan ‘instagram”. Pendapatan beliau juga hanya dalam lingkungan RM200-RM500 sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan NADI, beliau telah berjaya memasarkan produk-produk di facebook, tiktok dan intsagram miliknya. Jumlah pelanggan semakin meningkat dan mampu menjana pendapatan sehingga RM1000 sebulan. Sebelum ini, pendapatan agak terhad kerana pasaran tidak meluas dan hanya tertumpu pada masyarakat setempat, apabila beliau luaskan pasaran melalui atas talian, pendapatan telah meningkat. Kadar jualan dan keuntungan juga meningkat. Ia sedikit sebanyak memberi kesan dalam meningkatkan ekonomi perniagaan beliau.
